NEW SEASON. NEW ARMOUR. Grab Yours Now

 

SOALAN LAZIM (FAQ)

1. Bagaimana cara membuat pesanan di website Debrog?
 
Anda boleh membuat pesanan terus melalui website Debrog dengan memilih produk yang diingini, memilih saiz yang sesuai, dan membuat pembayaran melalui kaedah pembayaran yang disediakan semasa checkout.
 
Sekiranya anda ingin membuat tempahan jersi custom untuk pasukan, anda boleh menghubungi admin Debrog untuk berbincang mengenai design, kuantiti, saiz, dan maklumat tempahan.
 
 
2. Berapa harga jersi custom Debrog?
 
Harga jersi custom Debrog bermula serendah RM25 sehelai, bergantung kepada kuantiti tempahan, jenis design, dan spesifikasi produk.
 
Harga RM25 sehelai hanya terpakai untuk tempahan minimum 100 helai ke atas bagi jenis kolar Roundneck dan V-neck sahaja.
 
 
3. Bolehkah saya menggunakan design sendiri?
 
Ya, pelanggan boleh menggunakan design sendiri. Namun pelanggan perlu menyediakan contoh atau rujukan design yang jelas untuk memudahkan proses penyediaan artwork.
 
Debrog akan mengenakan design fee sebanyak RM80 bagi setiap design.
 
Polisi design adalah seperti berikut:
• Design fee dikenakan sekali sahaja bagi setiap design.
• Hanya minor amendment dibenarkan selepas artwork disiapkan.
Major amendment tidak dibenarkan.
 
Sekiranya pelanggan ingin menukar design secara besar atau membuat design baharu, design tersebut akan dianggap terbatal (burn) dan design fee baharu akan dikenakan.
 
 
4. Berapa lama masa untuk siapkan artwork design?
 
Tempoh penyediaan artwork biasanya mengambil masa sekitar 1 hingga 2 hari bekerja, bergantung kepada kerumitan design dan jumlah tempahan semasa.
 
 
5. Bolehkah saya order hanya satu helai jersi?
 
Ya, pelanggan boleh membuat tempahan serendah satu (1) helai.
 
Namun harga bagi tempahan satu helai bermula sekitar RM100 sehelai, bergantung kepada design dan spesifikasi produk.
 
 
6. Bolehkah saya campur saiz dalam satu tempahan?
 
Ya, pelanggan boleh mencampurkan saiz dalam satu tempahan.Saiz yang tersedia bermula dari 2Y sehingga 10XL. Walau bagaimanapun, caj tambahan mungkin dikenakan bagi saiz yang lebih besar.
 
 
7. Berapa lama masa pengeluaran jersi?
 
Tempoh pengeluaran biasanya mengambil masa sekitar 7 hingga 8 hari bekerja selepas design disahkan dan pembayaran dibuat.
 
 
8. Adakah servis tempahan urgent disediakan?
 
Ya, Debrog menyediakan servis tempahan urgent. Tempoh siap untuk tempahan urgent adalah sekitar 1 hingga 3 hari bekerja, tertakluk kepada kapasiti produksi.
 
Caj tambahan sebanyak RM8 sehelai akan dikenakan bagi tempahan urgent.
 
 
9. Adakah sample jersi boleh dibuat?
 
Ya, sample jersi boleh disediakan.
 
Sample jersi akan diberikan secara percuma bagi tempahan 200 helai ke atas.
 
 
10. Apakah pilihan penghantaran yang tersedia?
 
Debrog menyediakan beberapa pilihan penghantaran:
Self Pickup di Debrog HQ (Bandar Ainsdale)
Same Day Delivery melalui Lalamove (1–3 jam, bayaran ditanggung pelanggan)
Pos menggunakan J&T Express untuk penghantaran seluruh Malaysia
 
 
11. Berapa lama masa penghantaran?
 
Anggaran masa penghantaran adalah seperti berikut:
Semenanjung Malaysia: 1–3 hari bekerja
Sabah & Sarawak: 3–7 hari bekerjaTempoh penghantaran bergantung kepada operasi pihak courier.
 
 
12. Adakah saya boleh memulangkan produk yang telah dibeli?
 
Pemulangan hanya dibenarkan jika:
• Produk yang diterima rosak akibat kecacatan pembuatan
• Produk yang dihantar tidak sama dengan pesanan
 
Permohonan pemulangan mesti dibuat dalam tempoh 48 Jam selepas menerima produk.
 
 
13. Bolehkah jersi custom dipulangkan atau ditukar?
 
Produk jersi custom, produk yang mempunyai nama atau nombor, dan tempahan pasukan tidak boleh dipulangkan atau ditukar, kecuali terdapat kecacatan pembuatan.
 
 
14. Bagaimana saya boleh menghubungi Debrog?
 
Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan mengenai produk, tempahan pasukan, atau pesanan anda, sila hubungi:
 
Admin /Customer Support
📱 WhatsApp: +6011 1157 4001 
Debrog
Reenergising Champions